Liverpool kembali rampas kedudukan teratas - Utusan Malaysia

Liverpool kembali rampas kedudukan teratas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 25 Feb. – Liverpool melonjak ke kedudukan teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris menerusi kelebihan satu mata, selepas diikat keputusan seri 0-0 dengan Manchester United di Old Trafford, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp memintas Manchester City bagi merampas ke kedudukan teratas, tetapi meninggalkan Old Trafford dengan perasaan hampa selepas gagal mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan itu.

Liverpool kelihatan bergelut untuk memecah benteng pertahanan United yang kehilangan tiga tonggak mereka akibat kecederaan ketika babak pertama permainan.

Reds, yang memburu gelaran sulung Liga Perdana sejak 1990 tidak memiliki begitu banyak peluang untuk menundukkan musuh ketat mereka itu, meskipun United kehilangan khidmat Juan Mata, Ander Herrera dan Jesse Lingard sebelum rehat.

Kelab Anfield itu kini berbaki 11 perlawanan, jumlah sama dengan pasukan di tangga kedua, City yang akan beraksi dalam perlawanan akhir Piala Liga menentang Chelsea, sebentar lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN