KUALA NERUS – Perjalanan pulang enam sekeluarga daripada menghadiri kenduri perkahwinan berakhir dengan tragedi apabila lima daripada mereka termasuk seorang bayi perempuan maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja berhampiran Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 2.50 pagi itu, pasangan suami isteri, Mohd. Kharulinzam Jusoh, 38, dan Nur Syaazlien Syarizam Salleh, 21, serta bayi mereka, Nur Khaira Aisyah berusia sembilan bulan meninggal dunia di lokasi kejadian. Adik Nur Syaazlien, Muhammad Nashrullah, 5, turut maut di lokasi kejadian manakala ibu mereka, Rozilawati Mustafa@Razali,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya