Lima maut, seorang parah kereta langgar pokok - Utusan Malaysia

Lima maut, seorang parah kereta langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 9 Feb. – Lima sekeluarga maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan ngeri di Kampung Pengkalan Atap di Batu Rakit dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, pasangan suami isteri, Mohd. Khairulinzam Jusoh, 38, dan Nur Syaazlien Syarizam Salleh, 21, bersama anak mereka berusia lapan bulan, Nur Khaira Aisyah dan  adik kepada Nur Syaazlien Syarizam, Muhammad Nashrullah, 5, maut di lokasi kejadian. 

Manakala, ibu kepada Nur Syaazlien Syarizam, Rozilawati Mustafa@Razali, 43, meninggal dunia ketika menerima rawatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa dalam nahas yang meragut nyawa lima sekeluarga di Kampung
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa dalam nahas yang meragut nyawa lima sekeluarga di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit awal pagi tadi. – UTUSAN ONLINE

Seorang lagi mangsa, kanak-kanak berusia lima tahun, Muhammad Khairul Haziq Abdul Hadi yang parah masih dirawat di HSNZ. 

Difahamkan mangsa bersama sebuah kenderaan lain dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Durian Mas, Manir di sini selepas menghadiri kenduri perkahwinan di Kota Bharu, Kelantan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Yusmizan Yusof berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Proton Wira dinaiki enam beranak berkenaan terbabas dan melanggar sepohon pokok di seberang jalan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN