Lima mangsa terperangkap dalam banjir kilat - Utusan Malaysia

Lima mangsa terperangkap dalam banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG – Lima mangsa berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Bentong-Teras dekat Kampung Penjuring, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam kira-kira 11.45 pagi itu, mangsa yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berada dalam dua kenderaan berasingan dan berjaya diselamatkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Nor Hisham Mohamad berkata, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan lori muatan satu tan terperangkap di laluan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian. 

“Laluan tersebut ditenggelami air hampir satu meter menyebabkan semua mangsa terperangkap di situ sebelum bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan laluan tersebut ditutup kepada semua jenis kenderaan sehingga banjir surut. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×