Liga Super: Orang Besi kembali mengganas bersama Tok Gajah - Utusan Malaysia

Liga Super: Orang Besi kembali mengganas bersama Tok Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bisa bekas import Pahang, Dickson Nwakame yang kini kembali beraksi bersama skuad Tok Gajah masih tersimpan selepas dua jaringannya mampu menundukkan Kuala Lumpur 3-1 bagi aksi pembukaan Liga Super 2019 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Pengalaman luas penyerang Nigeria itu ketika bersama Tok Gajah pada 2014 dan 2015 serta menyarung jersi kelab Perancis, Angres SCO pada 2016 dan 2017 seperti dijangka terus mengganas dibawah kendalian Dollah Salleh untuk aksi sulungnya musim ini.

Dalam aksi tersebut, Nwakame atau orang besi hampir menemui gol awal namun percubaannya berjaya dinafikan penjaga gol tuan rumah, Sharbinee Allawee pada minit ke-15.

Ketangkasan Sharbinee akhirnya berjaya dipatahkan Saddil Ramdani untuk meletakkan Pahang di depan pada minit ke-23 perlawanan.

Bersambung babak kedua, kemasukan Afiq Ahmad Razali dengan menggantikan Na’im Nazmi Zainudin ternyata membuahkan hasil untuk kembali menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-48.

Bagaimanapun keputusan tersebut tidak bertahan lama apabila orang besi kembali memimpin Tok Gajah untuk menemui gol kedua berselang empat minit kemudian sebelum pemain berusia 33 tahun tersebut melengkapkan kemenangan Pahang 3-1 pada minit ke-90 perlawanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×