MARAN – Pasukan Felda United gagal manfaatkan peluang di laman sendiri apabila sekadar berkongsi mata selepas terikat 1-1 berdepan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam ini. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang pada 15 minit pertama apabila masing-masing mencari rentak untuk mengasak ke kubu lawan. Pelawat hampir mendahului pada minit ke-16 apabila hantaran lambung Mohamad Fazrul Hazli Mohd Kadri sedikit tersasar di bahagian kanan…










