SELAYANG – Pasukan pilihan, Kelantan memulakan kempen Liga Premier 2019 dengan langkah sumbang selepas tewas mengejut 0-1 kepada pendatang baharu, Selangor United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang petang tadi. Pada perlawanan tersebut, jaringan tunggal pemain import Selangor United, Nikita Pavlenko pada minit ke-23 sudah cukup untuk membantu pasukannya meraih tiga mata penting sekali gus menyaksikan skuad The Red Warriors pulang dengan tangan kosong. Keputusan tersebut meletakkan Selangor United berkongsi kedudukan…









