KUALA LUMPUR – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berjaya mengatasi tentangan sengit daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kemenangan 4-2 di Stadium Hoki Tun Razak, Jalan Duta di sini sebentar tadi sekali gus kekal menerajui carta Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini. Empat gol UniKL yang merupakan juara Piala TNB tahun lepas diperoleh menerusi jaringan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin pada minit ke-10, Muhammad Razie Abd. Rahim (m-43), Kieran Govers (m-47) dan…










