ARAU 7 Feb. – Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie enggan lagi melayan pelbagai kritikan serta tuduhan bertubi-tubi yang dilemparkan kepadanya, sebaliknya Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) itu akan terus fokus mengemudi Singa Utara yang sedang beraksi dalam Liga Perdana musim ini. Katanya, komitmen pihak pengurusan untuk menyelesaikan segala perkara berbangkit termasuk dalam soal gaji pemain tidak pernah berubah. “Biarlah orang hendak kata apa, lepas korek isu ini, korek…










