MELAKA – Seorang lelaki terseret sejauh 500 meter selepas nekad memaut leher suspek bermotosikal yang meragut rantai lehernya bernilai kira-kira RM11, 000 di Taman Asean di sini pada Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa yang berusia 49 tahun itu mengalami luka kecil di bahagian kaki dan tangan. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang minum air kelapa bersama…










