TAIPING 12 Feb. – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan video tular seekor anjing yang diikat dan diseret pada kenderaan trak pikap (4WD) jenis Isuzu D-Max dalam kejadian pada Ahad lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Razlam Ab. Hamid berkata, tangkapan terhadap lelaki berusia 58 tahun itu susulan laporan polis yang dibuat oleh orang awam selepas menonton rakaman video tersebut semalam. Katanya, semakan terhadap nombor pendaftaran kereta berkenaan mendapati ia didaftarkan di atas…










