Lelaki seludup anak harimau bintang dalam pesawat - Utusan Malaysia

Lelaki seludup anak harimau bintang dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Seorang penumpang lelaki yang disyaki menyeludup seekor anak harimau bintang berusia satu bulan di dalam bagasi tangan ketika menaiki sebuah pesawat penerbangan dari Bangkok, Thailand ke Chennai, India berjaya ditahan, menurut pihak berkuasa India hari ini.

Anak harimau bintang, seberat kira-kira 1 kilogram, ditemui di dalam bakul plastik yang disembunyikan di dalam beg sebaik suspek tiba di India dengan menaiki penerbangan Thai Airways.

Beberapa pegawai berkata, mereka berasa curiga selepas terdengar bunyi daripada beg itu dan menahan penumpang terbabit sewaktu suspek cuba bergegas keluar dari terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai di Chennai, negeri Tamil Nadu.

“Penumpang itu cuba mengelak ketika disoal, jadi beg terpaksa diperiksa,” kata seorang pegawai di lapangan terbang berkenaaan.

“Haiwan berkenaan kelihatan terkejut dan berbunyi serta berada dalam keadaan lemah,” tambahnya.

Bagaimanapun, status kerakyatan penumpang berumur 45 tahun itu tidak didedahkan dan kes tersebut diserahkan kepada pihak biro jenayah hidupan liar Tamil Nadu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN