Lelaki Pakistan ditahan langgar lari warga China - Utusan Malaysia

Lelaki Pakistan ditahan langgar lari warga China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 3 Feb. – Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian langgar lari terhadap seorang pelancong warga China dan cucu perempuannya di Jalan Datai, di sini Rabu lalu, berjaya ditahan semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, lelaki warga Pakistan berusia 42 tahun itu ditahan di Jalan Kuala Teriang, di sini pada pukul 9.10 pagi.

“Hasil risikan dan maklumat orang awam, polis berjaya mengesan sebuah kereta Proton Iswara berwarna biru gelap di jalan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kerosakan akibat kemalangan seperti dinyatakan saksi terhadap kereta tersebut dan berdasarkan soal siasat awal, pemandu itu mengaku terlibat dalam kemalangan terbabit,” katanya di sini hari ini.

Kata Mohd. Iqbal, antara kerosakan tersebut termasuklah di bahagian bumper depan, lampu depan, bonet, cermin depan dan cermin sisi kanan.

“Pemandu bersama kereta tersebut dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Khamis lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki warga China, Wang Bing Zhong, 70, maut selepas cuba menyelamatkan cucunya, Liu Yanci, 4, daripada dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×