BATU GAJAH 5 Feb. – Sebanyak 320 buah kenderaan diperiksa melibatkan pemandu dan penunggang motosikal dalam operasi bersepadu sempena Op Selamat Tahun Baharu Cina yang dijalankan di tiga lokasi di daerah ini semalam. Dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 10 malam itu, sebanyak 114 saman dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, turut ditahan dalam operasi tersebut ialah…










