Lelaki maut rempuh kereta polis EMPV  - Utusan Malaysia

Lelaki maut rempuh kereta polis EMPV 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG – Seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas kereta dipandu merempuh belakang kereta peronda polis yang berhenti di lorong kecemasan untuk membuat pemeriksaan ke atas sebuah van Thailand di Kilometer 58 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu, mangsa, Lem Wei Hong yang memandu kereta jenis Proton Persona maut di tempat kejadian manakala dua anggota polis Peronda Lebuh Raya (EMPV) cedera ringan.

Dua anggota polis berpangkat koperal terbabit ialah Ahmad Haniff Awang, 32, dan Mohd. Azam Rahim, 29, yang masing-masing mengalami kecederaan pada belakang kepala serta kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kejadian berlaku ketika dua anggota polis itu baru sahaja selesai memeriksa sebuah van jenis Toyota Commuter dari Thailand.

“Kereta EMPV jenis Proton Inspira yang mahu bergerak semula untuk melakukan rondaan tiba-tiba dirempuh Proton Persona dari arah belakang. Kereta peronda tersebut kemudian menggelungsur ke depan dan melanggar van Thailand,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa, Wei Hong dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat.

“Dua anggota polis yang cedera dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” ujarnya sambil memberitahu pemandu van warga Thailand tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN