Lelaki maut motosikal terbabas - Utusan Malaysia

Lelaki maut motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 5 Feb. – Seorang pemuda berusia 24 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 280.2 Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS) arah utara di Nilai dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, mangsa, Muhamad Ilyas Zakaria meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini. 

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave terlibat dalam kemalangan itu kira-kira pukul 6.30 petang. 

“Dia dibawa ke HTJ untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital itu,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Nor Marzukee berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa sedang menunggang motosikal di lorong kecemasan.

Katanya, motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar penghadang besi lebuh raya menyebabkan mangsa tercampak dari motosikal. 

Beliau berkata, kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN