Lelaki maut langgar belakang treler - Utusan Malaysia

Lelaki maut langgar belakang treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 2 Feb.- Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas selepas melanggar belakang treler yang diletakkan di tepi Jalan Raja Lumu di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Chua Yan Hao, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Difahamkan, mangsa yang menggunakan kereta Proton Wira memandu laju sebelum terbabas melanggar treler tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kenderaan mangsa dikatakan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang treler yang diletakkan di bahagian kiri jalan.

“Akibat pelanggaran, mangsa tersepit dan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×