KULIM – Seorang lelaki disyaki penagih dadah menjadikan anak saudara perempuannya berusia tujuh tahun sebagai tebusan selama lebih lima jam dengan mengurungnya di dalam bilik air sebuah rumah di Taman Serai Wangi, Padang Serai di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu berlaku apabila suspek berusia 35 tahun dikatakan mengamuk selepas tidak diberikan wang untuk membeli dadah. Lebih mencemaskan apabila suspek turut mengacukan sebilah pisau pada leher kanak-kanak terbabit…










