KUALA PILAH 14 Feb. – Seorang lelaki yang menghidap penyakit sawan ditemukan mati di dalam longkang di hadapan rumah kakaknya di Rumah Rakyat Melang di sini hari ini. SANUSI SULAIMAN Mayat mangsa, Sanusi Sulaiman, 51, ditemukan oleh abang iparnya, Zahar Saad, 65, dalam keadaan tertiarap kira-kira dua meter dari rumah itu kira-kira pukul 9 pagi. Menurut kakak mangsa, Sabariah Sulaiman, 59, adik lelakinya merupakan bekas kerani di Politeknik Port Dickson…