Lelaki bercinta dengan lipas - Utusan Malaysia

Lelaki bercinta dengan lipas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Seorang lelaki di sini mengaku pernah menjalin hubungan cinta dengan seekor lipas betina yang dinamakan Lisa selama setahun sebelum serangga itu mati.

Yuma Shinohara, 25, menyifatkan ‘mendiang kekasih’ itu jauh lebih menarik berbanding mana-mana wanita yang dikenalinya. Dia menyatakan Lisa ialah cinta pandang pertamanya.

Shinohara yang suka memakan serangga dilaporkan membeli Lisa, lipas dipercayai jenis Madagascar hissing di sebuah ladang lipas di Afrika.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas Lisa mati, Shinohara mendakwa telah memakan serangga itu dan kini menganggap lipas tersebut telah bersatu dalam badannya.

“Pada hari kematian Lisa, ia merupakan detik-detik yang sukar. Namun, saya mengetahui kematian itu akan datang kerana lipas mempunyai jangka hidup yang singkat,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini