Leicester pecat Puel - Utusan Malaysia

Leicester pecat Puel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 Feb. – Claude Puel terpaksa membayar harga yang cukup mahal apabila dia dipecat Leicester City, ekoran aksi buruk yang dipamerkan skuad bimbingannya di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.

Pemecatan warga Perancis itu berlaku susulan kekalahan memalukan 1-4 Leicester kepada Crystal Palace. Puel hanya memenangi empat daripada 13 perlawanan di Stadium King Power, setelah tewas tujuh pertemuan.

Kini, dengan Leicester jatuh ke tangga ke-12 dalam carta liga, bekas bos Southampton itu dipecat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kakitangan di Belvoir Drive, hari ini.

“Kelab Bola Sepak Leicester City, hari ini, (Ahad) telah mengambil keputusan untuk memilih haluan masing-masing dengan Claude Puel, yang melepaskan jawatannya selaku Pengurus Pasukan Utama dengan serta-merta.

“Kelab mengucapkan terima kasih kepada Claude di atas sumbangannya menerajui pasukan selama 16 bulan dan selamat maju jaya di atas kariernya pada masa depan. Penolong Pengurus, Jacky Bonnevay turut meninggalkan kelab ini dan selamat maju jaya juga kepadanya.

“Jurulatih Pasukan Utama, Mike Stowell dan Adam Sadler, dengan sokongan staf di belakang tabir akan menggalas tugas membimbing skuad senior, sementara kelab memulakan pencarian pengurus baharu.

“Lembaga kelab tidak akan memberi sebarang ulasan lanjut sehinggalah proses ini selesai,” kata Leicester City dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN