LONDON 25 Feb. – Leicester mengumumkan bahawa Claude Puel dipecat berkuatkuasa semalam ekoran kelab tersebut mengalami kekalahan buat kali keenam dalam tujuh perlawanan.
The Foxes dibelasah 1-4 kepada Crystal Palace dan menghuni tangga ke-12, lapan mata daripada zon penyingkiran.
“Kelab Bola Sepak Leicester City sudah lagi tidak bekerjasama dengan Claude Puel yang meninggalkan jawatannya sebagai pengurs pasukan dengan serta merta,” kata Leicester.
Mike Stowell dan Adam Sadler akan mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan Puel.
“Kelab ingin mengucapkan terika kasih kepada Claude di atas usahanya bersama pasukan selama 16 bulan dan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya,” kata kelab itu lagi.
Puel, 57, menjadi jurulatih kelima dipecat pada musim ini selepas Slavisa Jokanovic dari Fulham Mark Hughes (Southampton), Jose Mourinho (Manchester United) dan David Wagner (Huddersfield).
The Foxes bukan sahaja bergelut masalah prestasi dalam saingan liga malah mereka turut tewas kepada pasukan dari Liga Dua, Newport dalam kempen Piala FA.
Kali terakhir mereka mencatat kemenangan adalah ketika menewaskan Everton 1-0 menerusi jaringan Jamie Vardy pada sambutan tahun baharu 2019. – AFP










