Lebuh raya utama mulai sesak - Utusan Malaysia

Lebuh raya utama mulai sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa bahagian lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat 12 tengah hari ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di bahagian utara perlahan dari ​​​​Ipoh menuju ke Simpang Pulai dan turut perlahan dari perhentian Rehat dan Rawat Sungai Perak menuju ke Terowong Menora.

“Selain itu, trafik juga bergerak perlahan dari Permatang Pauh menuju ke Perai berikutan aliran trafik yang tinggi.

“Bagi bahagian selatan, aliran trafik hanya perlahan dari Senawang ke Port Dickson serta trafik perlahan selepas keluar Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata,  aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar setakat ini.

“Selain itu, trafik dilaporkan lancar dan terkawal di Jambatan Pulau Pinang serta ​​​​​​Jambatan Sultan Abdul Halim Muádzam Shah di kedua-dua arah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN