KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa bahagian lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat 12 tengah hari ini. Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di bahagian utara perlahan dari Ipoh menuju ke Simpang Pulai dan turut perlahan dari perhentian Rehat dan Rawat Sungai Perak menuju ke Terowong Menora. “Selain itu, trafik juga bergerak perlahan dari Permatang Pauh menuju ke Perai berikutan aliran trafik yang tinggi. “Bagi bahagian selatan, aliran trafik hanya perlahan dari Senawang ke Port Dickson serta trafik perlahan selepas keluar Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata, aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya