SHAH ALAM – Sebanyak 1,564 kes kemalangan termasuk 10 kemalangan maut yang melibatkan 11 kematian direkodkan dalam tempoh tiga hari Op Selamat sempena Tahun Baru Cina di Selangor bermula 29 Januari lalu. Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, Datuk K. Kumaran berkata, kadar itu meningkat berbanding tempoh yang sama pada Ops Selamat tahun lalu. “Pada Op Selamat tahun lalu, kemalangan yang direkodkan sebanyak 1,350 kes melibatkan lapan kematian,…










