IPOH 1 Feb. – Kementerian Sumber Manusia sedang memantau lebih 10 syarikat kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pekerjaan 1955, khususnya yang berkaitan dengan penggajian pekerja asing. M.Kula Segaran Menterinya M.Kula Segaran berkata para majikan seharusnya melayan pekerja asing mereka sama seperti pekerja tempatan, namun beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama syarikat-syarikat berkenaan. Beliau berkata demikian dalam persidangan media selepas menyampaikan bantuan kepada 26 penduduk Kampung Tai Lee di Buntong…










