BEIRUT 1 Feb. – Lebanon akhirnya mengumumkan satu barisan kabinet selepas tertangguh selama lapan bulan yang mana dibimbangi akan menjejaskan ekonomi utama negara.
Kabinet baharu yang turut dibarisi empat wanita termasuk 30 ahli politik pembangkang itu diumumkan di kediaman Presiden semalam.
Jawatan Menteri Luar Negeri akan tetap disandang Gibran Bassil sementara Ali Hassan menerajui Kementerian Kewangan.
Selepas pilihan raya Parlimen pada 24 Mei lalu, Presiden Michel Aoun dengan cepat mencalonkan Saad Hariri sebagai Perdana Menteri untuk penggal ketiga dan menugaskannya membentuk kabinet.
Bagaimanapun parti-parti politik di negara ini menghabiskan masa lapan bulan untuk bertengkar mengenai pembentukan kerajaan baharu,
“Kita menghadapi cabaran ekonomi, kewangan, sosial dan pentadbiran. Ini tempoh politik yang sukar terutama selepas pilihan raya dan sekarang masa untuk memulakan kerja,” kata Hariri dalam sidang akhbar semalam. -AFP










