Lautan merah banjiri Utusan - Utusan Malaysia

Lautan merah banjiri Utusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Baju sama merah, tetapi pasukan lain-lain. Demikian suasana yang berlaku apabila kira-kira 1,000 penyokong Manchester United dan Liverpool membanjiri program EPL@Utusan bagi menyaksikan siaran langsung Liga Perdana Inggeris itu di sini, hari ini.

Kedua-dua penyokong pasukan tersebut sudah membanjiri lobi Utusan dua jam awal sebelum sepak mula pada pukul 10 malam bagi merebut hadiah menarik menerusi pelbagai aktiviti sampingan menjelang perlawanan tersebut.

Antara aktiviti sampingan yang diadakan bagi memeriahkan program EPL@Utusan ialah cuba sepak bola, fussball, mini studio untuk mengabadikan kenangan bersama EPL@Utusan dan pendaftaran sebagai penumpang serta pemandu Faszz.

EPL@Utusan yang ditonton menerusi skrin gergasi merupakan edisi keempat seumpamanya dianjur oleh akhbar arus perdana, Utusan Malaysia sejak 2017 dengan format unik iaitu tonton percuma sambil berpeluang memenangi cabutan bertuah.

Pelbagai hadiah menerusi cabutan bertuah turut disediakan daripada Shopee, Mamee, Faszz dengan paling lumayan adalah tiket penerbangan tajaan AirAsia untuk dimenangi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN