KUALA LUMPUR – Para pencinta alam, atlet dan pencinta kecergasan dari seluruh pelosok negara dan juga luar negara akan beramai-ramai berkunjung ke negeri Perak untuk menyertai Larian Eko Lumut 2019 pada 2 Mac ini.
Acara ini yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia atau pemastautin tetap dan juga pelari antarabangsa yang berumur 16 tahun dan ke atas sahaja.
Larian ini juga merupakan julung kali diadakan dan ia sebahagian daripada kempen larian yang akan diadakan untuk empat tahun berturut-turut, sejajar dengan 4 konsep unsur alam semulajadi iaitu tanah (2019) air (2020) api (2021) dan angin (2022).
Peta laluan untuk larian boleh didapati di laman Facebook Larian Eko Lumut 2019 di pautan: https://tinyurl.com/lumutecorun2019 .
Maklumat lanjut berkenaan acara larian ini termasuklah yang berkaitan dengan kategori larian, yuran penyertaan, kutipan pek larian, ganjaran untuk pemenang dan lain-lain orang ramai boleh layari laman pembelian tiket di pautan: https://www.ticket2u.com.my/event/12497 . – K! ONLINE










