MANILA 2 Feb. – Lapan orang terbunuh termasuk lima anggota tentera Filipina dalam pertempuran dengan kumpulan disyaki militan Abu Sayyaf di sebuah pulau terpencil, kelmarin. Dalam kejadian pada kira-kira pukul 11.30 pagi waktu tempatan itu, pertempuran dengan lebih 100 ahli kumpulan tersebut berlaku ketika pasukan tentera mengejar suspek serangan gereja di pekan Patikul, wilayah Sulu. Jurucakap Pusat Perintah tentera di barat Mindanao, Kolonel Gerry Besana berkata, pertempuran dengan kumpulan tersebut…










