VATICAN CITY 21 Feb. – Pemimpin agama Vatican City, Pope Francis menyatakan dunia mahu melihat ‘langkah konkrit’ menangani pedofilia dalam Gereja Katolik hari ini.
Menurutnya, beliau dalam persidangan bersejarah tersebut yang berlangsung selama tiga hari setengah akan menyatakan respon gereja terhadap pencabulan biskop dan paderinya di seluruh negara.
“Orang ramai melihat dan menantikan bukan hanya menyelar perbuatan itu namun langkah konkrit dan efisien,” katanya ketika berucap pada persidangan memerangi penganiayaan seks kank-kanak itu hari ini. – AFP










