BERMULA dengan mengenali permainan catur di komputer, Ahmad Nazmi Mohd. Nizam tidak menyangka dirinya mampu bergelar atlet negara. Atlet berusia 20 tahun itu yang mengalami kecacatan otot tulang belakang tahap dua mewakili Malaysia dalam kejohanan Paralimpik Remaja Asia pada tahun 2013 dengan memperoleh pingat emas. Ahmad Nazmi menutup tirai 2018 dengan meraih tempat keempat pada kejohanan Paralimpik Remaja Asia yang berlangsung di Singapura baru-baru ini. Anak kedua daripada tiga orang…










