JOHOR BAHRU 17 Feb. – Laluan Bas Muafakat Johor akan diselaraskan semula yang menawarkan khidmat percuma bulan depan supaya lebih memberi manfaat kepada rakyat negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang berkata, cadangan penyelarasan itu bagi menyelesaikan beberapa masalah kecil termasuk jumlah penumpang. Katanya, pihaknya mendapati, ada laluan yang kurang sesuai kerana penumpang yang menggunakan bas tidak ramai. “Kita akan buat cadangan penyelarasan semua laluan, mungkin ada…










