ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah mengumumkan penubuhan sebuah anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) iaitu KXP AirportCity Holding Sdn. Bhd. (KXP AirportCity) untuk merancang, menyelaras dan menguruskan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, syarikat yang menjadi agensi tunggal mewakili kerajaan negeri berkaitan KXP itu akan memulakan operasinya secara rasmi pada 4 Mac depan. “Syarikat ini akan menjalankan setiap rundingan dengan…