Kucing British Shorthair, Parsi dilarikan penyamun - Utusan Malaysia

Kucing British Shorthair, Parsi dilarikan penyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Sudah­lah wang dikebas, dua ekor ku­cing termasuk baka British Shorthair yang dijual di situ juga turut dilarikan penjenayah.

Itu nasib dialami oleh pemilik kedai haiwan peliharaan yang mengalami kerugian le­­bih RM5,000 selepas tiga le­laki bersenjata menyerbu ma­suk premis perniagaannya yang terletak di Jalan Bandar 2, Taman Melawati pada malam Rabu lalu.

Dalam kejadian pukul 7.05 malam itu, empat pekerja berada di dalam kedai tersebut sebelum tiga lelaki memakai topi keledar berpenutup muka dipercayai warga tempatan menyerbu masuk dengan seorang daripada mereka bersenjatakan parang.

Seorang daripada pekerja premis, Nadrah Aqilah Ahmad Nazim, 21, berkata, dua ekor kucing yang dilarikan ialah baka British Shorthair dan Parsi yang bernilai RM3,200.

“Dua daripada penjenayah itu memasuki kedai kami de­ngan membawa beg kucing. Seorang daripada mereka terus ke kaunter tempat saya berdiri sambil mengacukan parang dan menyuruh menyerahkan wang jualan seorang lagi memasukkan kucing ke dalam beg,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Ujar Nadrah Aqilah, tahun lepas haiwan peliharaan di kedai tersebut pernah dicuri namun kali ini wang hasil perniagaan turut dirompak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Mohd. Zaid Hassan yang mengesahkan kejadian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×