Kritik, undi tidak percaya terhadap PM proses demokrasi - Utusan Malaysia

Kritik, undi tidak percaya terhadap PM proses demokrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin menyifatkan kritikan dan dakwaan kononnya ada gerakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai sebahagian daripada proses demokrasi.

Malah menurutnya, sesiapa sahaja boleh berbuat demikian dalam meraikan proses tersebut di negara ini.

“Sebab apa pula tidak boleh pula. Itu telah menunjukkan kita demokrasi. Zaman Barisan Nasional (BN) dulu, kalau ada kritikan, saya fikir orang itu sudah kena pecat.

“Masalah sekarang orang tidak faham apa itu demokrasi dan itulah yang boleh serta diamalkan oleh demokrasi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi ‘Meet The Press’ di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN