SHAH ALAM 1 Feb. – Perbuatan tiga buah premis menjual pelbagai barangan tiruan secara terbuka sejak setahun lalu di sekitar daerah ini dan Klang akhirnya terhenti apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor melakukan serbuan semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu, KPDNHEP Selangor berjaya merampas 410 barangan tiruan antaranya pakaian, beg, jam dan aksesori dianggarkan bernilai RM9,724. Antara barangan cap dagangan yang dirampas melibatkan…










