LONDON 1 Feb. – Kapten Arsenal, Laurent Koscielny kembali menyertai latihan bersama pasukan menjelang pertemuan menentang Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad ini apabila dia disahkan tidak mengalami keretakan di bahagian tulang rahang selepas ujian imbasan dilakukan.
Koscielny terkena but penyerang Manchester United, Romelu Lukaku dalam pertemuan Piala FA minggu lalu dan pertahanan Perancis itu tidak diturunkan ketika The Gunners menewaskan Cardiff 2-1 di laman sendiri, Selasa lalu.
Arsenal berkata imej imbasan tersebut memaparkan kesan lebam di bahagian muka dan rahang Koscielny dan itu memberi bos Arsenal, Unai Emery pilihan untuk menggunakannya selepas menghadapi krisis kecederaan di bahagian pertahanan.
Sokratis Papastathopoulos cedera di bahagian buku lali ketika menentang United terpaksa diketepikan hingga hujung musim ini manakala Rob Holding dan Hector Bellerin tidak boleh lagi digunakan kerana kecederaan lutut. – REUTER











