SHAH ALAM – Jualan runcit pelbagai barangan, jualan secara online serta penyediaan perkhidmatan yang ditawarkan di Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Bestari, Seksyen U5, di sini antara penyumbang besar perolehan koperasi itu sejak tiga tahun lalu. Pengetua SMK Subang Bestari, Bahrudin Mustar berkata, perolehan koperasi berkenaan pada tahun lalu berjumlah RM802,418 dan sasaran pihaknya pada tahun ini untuk melebihi angka RM1 juta. Jelasnya, selain bidang perniagaan yang pelbagai, jumlah pelajar sekolah dan kakitangan yang melebihi 3,000 orang turut menyumbang kepada perolehan yang tinggi. “Pelajar sekolah ini berjumlah 2,900 manakala guru…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya