SHAH ALAM – Sebanyak 8,000 kit pengurusan jenazah bernilai RM1.5juta disasarkan menerusi hasil infaq atau derma orang ramai pada tahun ini. Pengurus Koperasi Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah), Mohammad Syukri Ismail berkata, kesemua kit tersebut akan disalurkan kepada 407 buah masjid, surau (2,047) dan hospital (10) di seluruh negeri ini. Katanya, program infaq itu merupakan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat setempat. “Kit yang lengkap untuk pengurusan jenazah lelaki dan wanita itu…










