Klang daerah kedua tertinggi kes denggi di Selangor - Utusan Malaysia

Klang daerah kedua tertinggi kes denggi di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Sikap tidak bertanggungjawab penduduk daerah ini terhadap kebersihan menjadikan Klang nombor kedua tertinggi mencatatkan kes tertinggi di Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK), Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, berdasarkan rekod bermula 1 Januari sehingga semalam mendapati sebanyak 3,199 kes denggi direkodkan pihaknya. 

Katanya, daripada jumlah itu didapati tiga kes kematian direkodkan. 

“Kita memandang serius membasmi denggi ini namun masyarakat masih tidak memberi kerjasama yang menyumbang punca peningkatan jumlah kes ini di Klang. 

“Justeru, kita tidak akan berkompromi dan akan melakukan pemeriksaan secara berterusan termasuk mengeluarkan kompaun maksimum RM1, 000 jika didapati membiak nyamuk Aedes,” katanya pada sidang akhbar selepas dalam Mesyuarat bulanan MPK di sini hari ini. 

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri  Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.

Menurut Adi Faizal, pelaku juga berdepan tindakan mahkamah sekiranya gagal
membayar kompaun tersebut. 

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan MPK telah mengeluarkan 14 kompaun di rumah-rumah yang mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik bagi tempoh Januari hingga semalam.

“Kita mahu penduduk Klang mengambil berat isu denggi ini bagi memastikan tahap kebersihan di daerah ini berada di tahap terbaik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini