SUSUR galur konflik di Baitulmuqaddis cukup panjang namun semuanya bermula apabila tanah milik rakyat Palestin diceroboh dan dirampas Zionis bagi membina sebuah negara Yahudi yang dinamakan Israel. Zionis semakin berani merampas tanah milik penduduk Palestin sehingga hari ini apabila Amerika Syarikat (AS) selaku kuasa dominan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel pada Disember 2017. Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) mendedahkan sekurang-kurangnya…










