PETALING JAYA 15 Feb.- Polis masih menunggu keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat yang ditemukan dengan kesan kerat di tepi sungai di Desa Coalfields dekat sini pada 26 Januari lalu walaupun identiti seorang daripada mangsa telah disahkan pihak berkuasa Indonesia. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya telah mengambil sampel darah individu yang dipercayai mempunyai pertalian darah dengan kedua-dua mangsa bagi mengenal pasti identiti mereka. “Sampel darah telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengetahui sama ada sepadan dengan individu yang dipercayai waris. “Kita juga telah mengambil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya