Kerjasama UMNO, Pas gerunkan Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Kerjasama UMNO, Pas gerunkan Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Jika Pas dan UMNO berkerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, anak Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan kalah di kerusi Parlimen Jerlun, Kedah.

Selain itu, beberapa lagi kawasan antaranya Parlimen Tambun, Titiwangsa, Sungai Besar serta Kuala Selangor akan menyaksikan calon-calon Pakatan Harapan (PH) kecundang sekiranya kerjasama Pas-UMNO diteruskan dalam pilihan raya seterusnya.

Keadaan itu pastinya merisaukan Dr. Mahathir yang kini agak bergelut mengetuai kerajaan yang

MUHAMMAD KHALIL
MUHAMMAD KHALIL 

tindak-tanduknya dilihat ‘tidak menggembirakan’ orang Melayu.

Sindirannya semalam yang mengaitkan kemenangan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini kerana ada gabungan antara parti Islam Pas dan ‘parti kafir’ merupakan antara petunjuk kegerunan Perdana Men­teri terhadap kerjasama Pas dan UMNO.

Label ‘parti kafir’ didakwa sering digunakan Pas bagi merujuk kepada UMNO terutama sewaktu parti itu dipimpin Dr. Mahathir.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi memberitahu, kata-ka­ta seperti yang terkeluar daripada mulut Dr. Mahathir itu tidak perlu dilayan, sebaliknya Pas dan UMNO perlu meneruskan kerjasama ke­dua-dua parti tersebut.

“Saya tidak membaca kenya­taan penuh beliau (Dr. Mahathir) tetapi persefahaman politik antara Pas dan UMNO menggerunkan PH. Kita tidak perlu layan hal sebegini (sindiran Dr. Mahathir) dan kita perlu menuju ke hadapan.

“Yang penting, kerjasama UMNO dan Pas dalam PRK dan pilihan raya umum akan datang perlu memastikan pertembungan satu lawan satu antara PH dan UMNO-Pas, bukan lagi tiga penjuru,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

ASYRAF WAJDI
ASYRAF WAJDI 

Pada masa sama, Ke­tua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menzahirkan rasa kasihan dan bersimpati terhadap Dr. Mahathir yang masih membangkitkan perkara tersebut.

“Terdesak sungguh nampaknya Tun, saya kasihan dan simpati. Sekurang-kurangnya UMNO sudah melepasi era 22 tahun Tun sebagai Presiden UMNO dulu yang sentiasa tanam perasaan benci kepada Pas,” katanya menerusi kenyataan dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN