Kerajaan PH bukan kerajaan sepenggal - Utusan Malaysia

Kerajaan PH bukan kerajaan sepenggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 21 Feb. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kecewa dengan tohmahan segelintir pihak yang melabelkan pemerintahan mereka sebagai kerajaan sepenggal walaupun telah berusaha keras memulihkan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, belum setahun kerajaan PH memerintah negara tidak wajar rakyat membuat perbandingan dengan pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang sudah 60 tahun berkuasa.

Beliau yang juga Presiden PH seterusnya mengajak semua pihak untuk bekerja bersungguh-sungguh dalam mempertahankan kerajaan sekali gus menyokong segala usaha mengembalikan negara ke landasan sewajarnya.

“Kita tidak boleh harapkan perubahan mendadak dalam masa yang singkat.

“Insya-Allah kita boleh menangani masalah ini, kita akan hakis dan tangkis balik… kenapa nak bagi sepenggal dan kembalikan Malaysia kepada mereka yang merosakkan negara,” katanya ketika berucap dalam Majlis Temu Mesra PKR Terengganu, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN