Kerajaan 'kakistokrasi':Harapan tinggal harapan - Utusan Malaysia

Kerajaan ‘kakistokrasi’:Harapan tinggal harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 6 Feb. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak lagi mempunyai ‘formula ajaib’ dalam membangunkan Malaysia paska Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau mendakwa, sebenarnya era pemerintahan Mahathir sudah berakhir dan selama sembilan bulan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, tiada pemikiran serta kecerdasan baharu yang diketengahkan untuk Malaysia. 

“Ini bukan a new Malaysia but a miserable Malaysia. Malaysia yang terperangkap dengan keghairahan mendamba pembaharuan tetapi sangat tersepit dengan pemikiran lama, naratif lama dan pendekatan lama. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kereta nasional, dasar pandang ke timur, pelaburan Jepun, persengketaan berterusan dengan Singapura, serangan ke atas
ringgit oleh Amerika. Semuanya deja vu yang kembali bertalu-talu. Perkara dan dasar sama diulang-ulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Bekas Menteri Besar itu berkata, setelah sembilan bulan, ternyata harapan hanya tinggal harapan dan rakyat tidak merasai perubahan yang dijanjikan seperti dicanangkan dalam manifesto PH.

“Harga barang tidak turun. Saraan hidup semakin membebankan. Ekonomi tidak bertumbuh dengan baik. Ringgit tidak semakin kukuh, malah jatuh. Kualiti hidup rakyat tidak lebih sejahtera. 

“Malah, the rule of laws  yang dicanang-canangkan pun tidak kelihatan terserlah. Sebaliknya integriti badan berkaitan semakin dikecam dan dipersoal,” ujarnya.

Apabila Manifesto PH tidak ditunaikan katanya, pelbagai alasan diberikan dan yang paling kerap dikitar semula adalah hutang negara begitu banyak sehingga tidak memungkinkan kerajaan melaksanakan janjinya. 

“Tiada naratif lain, hanya hutang. Yang peliknya, pada masa yang sama, mereka tambah lagi hutang negara,” katanya.

Dakwanya lagi, bukan Perdana Menteri sahaja dilihat tidak memuaskan hati tetapi barisan Kabinetnya yang tidak berwibawa dan bercanggah kenyataan dalam menerajui pentadbiran negara ini.

“Jadi, adalah sangat tidak bertanggungjawab jika Tun Mahathir dan kerajaan hanya menyerahkan nasib negara ini untuk dicorakkan oleh sekelompok kakistokrasi yang semakin mencemaskan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×