SEREMBAN – Kerajaan sedia mengkaji cadangan untuk wujudkan undang-undang bagi melindungi ibu bapa yang diabaikan anak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy. Bagaimanapun, beliau berkata, ia memerlukan kajian secara mendalam dan terperinci sebelum boleh dilaksanakan. “Memang tidak wajar mana-mana pihak mengabaikan serta mendera ibu bapa dan bagi pendapat saya kalau ada keperluan, kita boleh laksanakan undang-undang sebegini untuk membela nasib warga emas serta memastikan anak tidak sewenang-wenangnya melepaskan…










