Kerajaan 'Dr. M-Anwar' prinsip salah, dangkal - Utusan Malaysia

Kerajaan ‘Dr. M-Anwar’ prinsip salah, dangkal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Teori bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dikatakan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong disifatkan sebagai salah, dangkal dan tidak positif bagi kelangsungan kerajaan yang berwibawa.

Mohamad Ezam Mohd. Nor
MOHAMAD EZAM

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor menegaskan kerajaan hanya mempunyai seorang Perdana Menteri yang mengangkat sumpah kerahsiaan di Istana Negara.

Mohamad Ezam malah menegaskan memberi kuasa atau seolah-olah memberikan kuasa kepada orang lain yang tidak mengangkat sumpah kerahsiaan Perdana Menteri adalah salah dan mengundang implikasi buruk kepada negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, percaturan dan imbangan kuasa antara parti politik seharusnya ditinggalkan serta tidak perlu diseret ke dalam sistem pentadbiran sesebuah kerajaan.

“Di dalam sudut pentadbiran negara juga ianya tidak praktikal sama sekali. Justeru, disebabkan itu saya hanya memberi taraf ‘teori’ sahaja kepada saranan ini.

“Malah, daripada sudut falsafah dan praktis kepemimpinan Islam juga tidak dibenarkan kerana hanya ada seorang sahaja ketua yang harus diberikan sepenuh penghormatan sekiranya dia benar dan boleh dikritik sepenuhnya sekiranya dia salah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Chin Tong dalam artikelnya yang disiarkan di beberapa portal berita tempatan beranggapan keputusan menyertai Pakatan Harapan (PH) menjadi bukti Dr. Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju bahawa kerajaan PH ialah kerajaan Dr. Mahathir-Anwar.

Chin Tong turut berpandangan Dr. Mahathir cukup faham bahawa kerajaan PH ketika ini adalah kerajaan Dr. Mahathir-Anwar seperti mana Anwar faham bahawa kerajaan ini adalah kerajaan Anwar-Dr. Mahathir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×