GUANGZHOU 16 Feb. – Seramai tujuh orang terbunuh dalam kes keracunan gas di sebuah kilang kertas di wilayah Guangdong, selatan China semalam. Ketika kejadian itu, sembilan pekerja dilaporkan terperangkap dalam tangki penyesuaian kumbahan kilang berkenaan. Anggota bomba berjaya menyelamatkan mereka dan dihantar ke hospital. Namun tujuh orang maut selepas rawatan perubatan gagal dan dua lagi dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Kerajaan tempatan sedang menyiasat punca insiden tersebut. – BERNAMA
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya