Keputusan pengundi saman SPR pada Isnin ini - Utusan Malaysia

Keputusan pengundi saman SPR pada Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Isnin depan sebagai tarikh keputusan terhadap saman pemula yang difailkan oleh seorang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun bagi menghalang suruhanjaya itu mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih, 2 Mac ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hakim  S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujuhan pihak plantif dan defendan di dalam kamarnya.

Peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili pengundi berkenaan, Puan Seri Sabariah Mohd. Shariff berkata, pihaknya kekal dengan pendirian bahawa SPR pada 18 Januari 2019 adalah tidak wujud dengan hanya seorang ahli mesyuarat iaitu Pengerusi suruhanjaya.

“Kalau kita lihat perlembagaan India, negara itu membenarkan seorang sahaja untuk menggepalai dan menganggotai election commission. Tetapi kita tidak boleh samakan dengan India kerana negara mesti ada tujuh orang ahli SPR dan bukannya secara one man show.

“Kalau perlembagaan membenarkan seorang berjalan (SPR dikendalikan seorang), ia mesti di jelas dinyatakan dengan terang dalam perlembagaan seperti mana yang ditulis dalam perlembagaan India.

“Kami menjadikan ia (India) sebagai perbandingan kerana membabitkan undang-undang negara Komanwel. Ini  kerana undang-undang negara Komanwel ini boleh menjadi rujukan kepada negara Komanwel yang lain,” katanya ketika ditemui di luar kamar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan menunggu keputusan mahkamah pada Isnin depan dan akan membuat rayuan sekiranya saman pemula itu ditolak.   

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang pengundi di DUN Semenyih memfailkan saman pemula terhadap Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun bagi menghalang suruhanjaya itu mengendalikan PRK DUN Semenyih pada 2 Mac ini.

Saman yang difailkan secara dalam talian pada Sabtu lalu oleh Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co. itu turut menamakan SPR dan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan.

Saman terbabit menuntut pelbagai deklarasi, antaranya pengisytiharan bahawa suruhanjaya itu tidak wujud dari segi undang-undang.

Pada 21 September lalu, Azhar, 57, dilantik menjadi Pengerusi SPR, selepas bekas Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, memendekkan tempoh perkhidmatannya berkuat kuasa 1 Julai.

Bagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, Azhar mengumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, memendekkan tempoh perkhidmatannya berkuat kuasa pada 1 Januari 2019, selaras dengan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Turut memendekkan tempoh perkhidmatan ialah empat Ahli SPR iaitu Datuk Md Yusop Mansur, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi dan Datuk Leo Chong Cheong. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN